berterimakasih kepadanya. Sebaliknya dia hendaklah menganggap pelajarnya berjasa kepadanya kerana dengan adanya mereka, ia dapat mendekati Allah dengan menanamkan ilmu kepada mereka..." |
SK Chemara
Jumaat, 7 September 2012
Sabtu, 14 Julai 2012
JALINAN KEJAYAAN
Sebiji Mangkuk Jiwa
Sebuah pinggan Keikhlasan
Segenggam Matlamat
Setalam Harapan
Seraup Keyakinan
Sedulang Usaha
Segelas Kerajinan
Secawan Kegigihan
Selesung Keimanan
Secebis Doa
Ketekunan Secukup Rasa
Selasa, 10 Julai 2012
Penggolongan Kata
Kata Nama Am
Kata nama am merujuk kepada nama manusia, binatang, tempat, benda dan tumbuh-tumbuhan.
Kata Nama Am contoh
Manusia polis,pelajar,guru, doktor
Binatang harimau, kuda, nyamuk, kucing
Tempat dewan, kedai, sungai, jalan
Benda bantal, daun, kereta, kotak
Tumbuh-tumbuhan kelapa, lumut, petai
Kata Nama Khas contoh
Manusia Alif, Encik Wong, Dr.Muszaphar
Binatang Comel(kucing), Sang Belang(harimau)
Tempat Gombak, Sik, Jeniang
Bangunan Pudu Raya, Kompleks Perdana
Judul buku Kamus Dewan
Benda Sony(televisyen) Yamaha(motosikal)
*huruf pertama pada kata nama khas ditulis dengan Huruf Besar
Tip menjawab soalan sistem bahasa UPSR
1. Masa yang diperuntukkan untk kertas 011 ialah lima puluh minit.
2. Oleh itu, anda seharusnya tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab sesuatu soalan.
3. Bacalah setiap soalan dengan teliti.
4. Untuk soalan yang bergambar, kenal pasti perkaitan antara soalan dengan gambar yang disediakan.
5. Jawablah soalan yang mudah dahulu.
* untuk menguasai soalan-soalan sistem bahasa beberapa langkah perlu anda ambil iaitu :
- sentiasa rajin merujuki kamus
- banyak membaca buku tentang tatabahasa dan peribahasa
- memperkaya perbendaharaan kata
Langgan:
Catatan (Atom)